Friendship

27 11 2009

Today’s post is about friendship. Saja la tempek sket gbr anak kawan aku nih…cause I thought the picture is cute. Budak pompuan ni nak berkawan sbnrnya dengan Adam, tapi Adam bolayan…koz lebih syok dok layan itik kat tepi tasik. This picture was taken when Faiz and I went to visit my ex-schoolmate, currently pursuing her PhD in Essex.

Aku kenal Shida masa darjah tiga. Faktor boleh jadi rapat, mungkin sebab sama-sama dah pakai spek masa tu. Time tu kan baru nak belajar berkawan. Jadi bila nampak orang yang serupa cam kita (serupa dari segi penampilan ya!), rasa macam boleh buat geng! Yelah…masa tu boleh bilang budak kecik yang pakai spek. Kalau sekarang ni tgk budak kecik pakai spek, rasa cute la jugak…zaman dulu, jgn harap! Spek mcm Betty La Fea tu mana cute langsung. So mungkin sebab kami sama-sama tak cute, maka kami boleh jadi geng.

Sebenarnya aku tak ingat sangat sebijik2 mende yg kitaorang penah lalu bersama…But in general, we did lots of outrageously funny things together. Shida in person pun jenis orang yang kelakar dan gila-gila…so memang kena dengan kepala otak akulah.. Kitaorang sama-sama jadi pengawas yang direject (tak jadi nak dilantik, walaupun cikgu kelas dah war-warkan nak lantik sebelum ni). Sebabnya….cikgu lain yang lebih tinggi autoriti merasakan kelas kitaorang dah banyak pengawas. Malu tak hengat masa tu sebab..yelah dicanang serata alam kan kata nak jadi pengawas ni (masa tu pengawas is a big thing…got name tag what????) Cikgu displin kata nak letak pengawas kat kelas-kelas bawah supaya kelas-kelas tu lebih berdisplin lah kononnya. Tapi standardlah masa tu….anak-anak cikgu kebanyakkannya jadi pengawas. Itu yang aku dengan Shida tak puas hati, sampai sekarang pun kalau teringat dok bercakap pasal mende ni…Hehehe..

Kitaorang sekelas dari darjah 3, sampai tingkatan 3. Lepas tu dah tak penah jumpa dan lost contact terus. Baru-baru ni jumpa balik kat FB and reconnect balik. Biarlah dah lebih 10 tahun tak penah bersembang langsung, tapi bila cakap telefon perbualan tu tetap mesra mcm tak penah berpisah. Mustahil perkara macam ni bleh berlaku koz aku penah alami keadaan yang awkward di mana kita rasa kita kenal orang tu dengan rapat dan mungkin setakat tak jumpa dalam 2-3 bulan camtu, is not a big deal right? So bila berjumpa I expect that things should be normal like the way it has been before (yelah…apa sangat nak berubah baru 3 bulan tak jumpa). Anyway, I was WRONG!

So bayangkan betapa sangat happynya when I found out that Shida has stayed the same way… like we could really talk! Biarlah Faiz dan Shahril ada kat depan mata tapi kitaorang boleh bercakap pot-pet pot-pet sama macam darjah tiga.

Honestly I am glad that our friendship has remained as sweet as it was 19 years ago!





London in One Day

12 11 2009

I know it sounds crazy…but that’s what we did! Sebenarnya kitaorang tak de masa dah nak bawak mama jenjalan…jadi terpaksalah cover places of interest kat London dalam masa satu hari.

Nasib agak malang kerana cuaca pada hari itu tidak mengizinkan sessi fotografi berjalan lancar. Tapi takpe, nak jalan punya pasal…kitaorang redah jugak.

Destinasi pertama dituju adalah Trafalgar Square. Kitaorang berjalan dalam hujan yang rintik-rintik. Awan makin kelabu. Elok je sampai di seberang jalan Trafalgar Square, hujan turun mencurah-curah. Dahlah tak ada payung…Baju hujan memang toksah haraplah…koz aku jenis tak suka dengan baju plastik-plastik ni (I still remember baju hujan kaler kuning terang masa sek rendah dulu. HATE that!) Jadinya, berlindung sajalah di bawah pokok yang berdaun lebat sambil membuang pandangan ke arah patung singa di tengah Trafalgar Square.

Hujan makin renyai. Terus naik tiub menuju ke kawasan Westminster. Berposing di hadapan mercu tanda yang cukup dikenali: Big Ben and Palace of Westminster. Di sepanjang jambatan, ada dua tiga orang penjaja, menjual kacang goreng. Seingat aku, dulu tak ada penjaja tepi jalan ni. Tak sempat nak berjalan jauh pun (aim nak ke London Eye di hujung jambatan sana..), titis-titis hujan dah mengena kepala..Terpaksalah kitaorang berpatah balik ke stesen tiub, menuju ke destinasi yang seterusnya..

Buckingham Palace…istana yang tak pernah sunyi dengan kehadiran pelancong. Kalaulah aku ni Queen Elizabeth mungkin tak tahan duduk dalam istana yang menjadi tumpuan orang ramai. On the way nak ke istana, kitaorang buang masa dulu di taman…menilik itik-itik di tasik..bersiul-siul memanggil tupai. Tupai kat sini sangat jinak…kalau ada kacang, lagilah si tupai ni tak segan-silu beramah mesra. Sampai depan istana, hujan turun balik! Jadi tak dapatlah kitaorang berlama.

Mama pun dah naik boring sebab asyik kuar masuk tiub. Turun naik tangga pun penat jugak. Aku yang muda ni pun capek, apatah lagi mama…Jadi bila mama mengusulkan agar pulang ke hotel, cepat saja aku setuju.

Nak kuar dari tengah kota London…tidak sesenang yang disangka. Banyak kali gak kitaorang berpusing mencari papan tanda ke arah Lapangan Terbang Heathrow. Macam mana pun ada hikmah di atas peristiwa tersebut: beri peluang mama menikmati pemandangan Piccadilly Circus dan kawasan sekitar Westminster. Untuk kesekian kali…





Cuci Mata di Cambridge

2 11 2009

Time nak mintak sambung master, aku penah mintak pendapat bekas pensyarah di UTM. Ada yang begitu konfiden mencadangkan Cambridge atau pun Oxford. Aku hanya mampu meneguk air liur. Apakah..??? Dengar nama universiti pun dah kecut perut, inikan plak nak belajar kat sana. Budak macam aku mana layak nak masuk universiti2 macam ni. Aku belajar untuk pass exam. Nak kata paham benar teori2 yang diajar, memang tak lah. Dahlah inisiatif nak rujuk papers ke journals ke langsung takdak (masa tulah kan..).

Macam mana pun aku mmg tabik spring pada mereka yang menjadi graduan-graduan di universiti-universiti terkemuka dunia. Bukan senang nak masuk. Dah masuk pun, bukan senang nak survive. Sebenarnya tak elok juga ada rasa tidak yakin dengan diri sendiri nih..Personally, I would encourage my future students untuk pi belajar kat universiti-universiti macam ni. Janganlah jadi pengecut cam aku dulu..Tak salah kita nak mencuba. Dan jangan rasa orang kita ni kurang bijak daripada orang-orang lain.

Back to “Cuci Mata di Cambridge”…we had a quick trip to this prestigious university..saja nak bawak mama jalan2 di hari2 terakhirnya di UK. Secara peribadi, antara Cambridge dan Oxford, aku lebih menyenangi Cambridge. Jatuh hati pada keindahan lanskapnya. Cambridge lebih dekat, mungkin juga disebabkan ramai yang aku kenal merupakan bekas-bekas pelajar Cambridge. Nick misalnya pernah menghuni Kings College. Ayahnya pun sama (walaupun aku tak kenal ayahnya, hanya mengkaji theorem ayahnya semata). Tom juga bekas pelajar Cambridge (sangat gerun kalau nak kena mengadap soalan2 yang ditanya waktu seminar). Aku kadang2 tak paham, mana diorang dapat idea nak tanya soalan-soalan kebabo nih. Aku tak penah ada soalan untuk diajukan pada pemberi ceramah. Maybe because half way through aku dah tak follow apa yang diorang dok bercakap kat depan…

Bila dah masuk tahun ketiga, aku dah mula suka gi seminar. Dah mula follow sampai abis. Dah kurang rasa mengantuk dalam seminar. Kire perkembangan positif la tu! Tapi masih lagi tak berani nak tanya soalan. Mungkin bila dah bergelar Prof, mungkinlah konfiden sket kot nak tanya2 nih..:) Sikap tak konfiden nak tanya soalan ni, turut dialami oleh Leo dan Kate. Aku pun tak paham nape Leo rasa tak konfiden, padahal otaknya tu geliga! Kate macam biasa….dia pun blur2 cam aku gak..though dia juga bekas graduan Cambridge. Dialah satu-satunya kawan di ofis yang aku tak kisah bertanyakan soalan dan berbincang. Tak kisah samada soalan itu kedengaran bodoh ataupun sememangnya bodoh. Kalau dengan Leo, aku budget gak la soalan yang nak ditanya…Kalau dengan Tom, aku langsung takkan bertanya apa-apa. Zero! Nada!

Lagi sekali tersasar topik…ok back to “Cuci Mata di Cambridge”…Yatie dan Remy ikut sekali mencuci mata. Cara terbaik mencuci mata adalah dengan menaiki sampan, menyusuri River Cam. Tak ingat berapa kitaorang bayar, mungkin dalam 7 pounds sorang untuk 45 minit perjalanan. Teknik yang digunakan untuk menggerakkan sampan, dipanggil “punting”, memerlukan sebatang besi/kayu panjang. Orangnya plak dipanggil “punter”. Kalau kitaorang nak jadi “punter” pun bleh, tapinya buat habih boreh ja…Sampan tu tak ke mana jadinya.

Amat tenang dan romantik (yg naik berdualah), melihat keindahan Kings College, Trinity College, St Johns College, Bridge of Sighs, Mathematical Bridge, etc….Walaupun dua tahun lepas aku dah penah naik mende alah ni dengan ex housemates, naik lagi sekali pun rasa tetap syok macam dulu jugak. Al kisah Bridge of Sighs ni diinspirasikan dari jambatan yang terdapat di Venice. Kat Oxford pun ada satu! Di Cambridge, jambatan ini menghubungkan (kalau tak silaplah), dewan peperiksaan dan juga papan tempat tampal keputusan peperiksaan. Jadi, memang konfirm la tiap2 semester, ada saja students yang lalu jambatan akan mengeluh apabila melihat keputusan peperiksaan. So memang kenalah dengan lokasi jambatan tersebut dengan namanya. Mathematical Bridge plak dicipta oleh Isaac Newton. Yang mahalnya rekaan ini disebabkan tidak menggunakan satu pun nat atau bolt (sila ingat kembali matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu).

We had a great time in Cambridge…sempat berkelah di padang rumput, menghadap sungai yang dipenuhi dengan itik-itik berkeliaran. Dah lama sebenarnya kitaorang tak berkelah sakan ala-ala orang Malaysia nih. Selalunya kalau berkelah dengan mat-mat saleh ni, makanan macam sandwich gitu je la…Kalau orang Mesia, nah…siap ada bakul rotan, bukak tikar dengan kerusi director lagi! Makanan toksah citerlah…juling biji mata mat saleh yang lalu tengok kitaorang makan! We had bihun goreng, sandwich sardin, nasi goreng, potato stylo mylo (sorry tak ingat resepi apa yang cik yatie buat nih), buah limau ke epal ntah (sorry, agak ilang ingatan!) dan yang paling mahal sekali semestinya…….CEKODOK pisang cik yatie. Hah, yang ni memang taram tak ingat. Dah bertahun dok sini, tak penah makan cekodok. Rasa nikmat sangat!

Sambil-sambil berkelah, sempat juga membuat amal jariah pada itik-itik di sungai. Cebisan-cebisan roti ditabur, menggelupur itik-itik berebut makanan. Jadi ralit dan happy tengok keletah itik-itik kat sungai. Bila roti dah habis, kitaorang baling cekodok plak. Adalah itik X ni, kemain rakus menelan cekodok.  Tapi tak lama lepas tu, diluah balik. Ketulan cekodok yang tak hadam terapung di permukaan sungai. Dengan muka bebal (agaknyalah!), itik X beredar dari tempat kejadian.

Moral of the story: Jangan jadi itik yang tamak! :)





The leaning tower

29 09 2009

Hangat. Berkuap. Keluar dari hotel, terasa bagai masuk ke dalam oven. Pelancong-pelancong yang berjalan, semuanya bertemankan botol mineral di tangan. Aku dan Faiz berjalan kaki ke McD berhampiran untuk sarapan pagi yang lebih enak dibandingkan dengan sarapan pagi ala Continental yang disediakan oleh pihak hotel. Mama yang keletihan, ditambah sakit pening dan seakan-akan ingin demam hanya mampu terlantar di bilik. Sempat juga merayau di kawasan berhampiran, melihat bandar lama yang terkenal dengan keunikan senibinanya. Rekabentuk lama yang masih kekal ini membuatkan kitaorang rasa macam balik ke kurun 18 gitu…Tapi macam biasa, ada je contengan-contengan yang mencacatkan pemandangan, contohnya pada bangunan kedai BATA.

Menjelang tengahari, selepas Zuhur, mama beransur sihat (selepas menelan panadol). Jadi, rancangan ke Pisa diteruskan. Disebabkan kitaorang dah banyak kali pusing sekitar Florence (nak cari hotel nyer pasal), sampaikan dah terhafal selok belok jalan. Florence dah rasa seperti kampung halaman…

Perjalanan dari Florence ke Pisa mengambil masa sejam. Waktu kitaorang sampai langit dah kelabu, macam nak hujan. The thing with Italy is, diorang nyer road sign tak sehebat UK. Kalau bawak kete kat UK, takde map pun kita boleh survive tanpa bertanyakan jalan pada polis ke orang awam ke…Tambah lagi kalau nak ke tempat yang memang terkenal di kalangan pelancong. Sign board ada di mana-mana!

Tapi di Italy ni…………dah masuk Rome pun, sign board ke arah Colosseum pun tak berjumpa. In fact, tempat kitaorang parking kete di Rome tu sangat dekat dengan Vatican City. Itu pun papan tanda tak tulis!!!! Kat Pisa pun perkara yang serupa terjadi. Dah masuk Pisa, tanda arah ke Leaning Tower pun tak nampak.

Terpaksalah stop, bertanyakan jalan pada polis trafik yang sedang termenung di tebing sungai. Mujur jugak diorang boleh cakap BI sket-sket. Tambah lagi dia polis trafik, expert sikitlah nak kasik direction.

Berhampiran leaning tower, ada kawasan meletak kereta yang mengenakan bayaran 1 Euro. Sempat pula disapa oleh lelaki Maghribi yang bekerja sebagai penjaga tapak. Rasanya, sebab nampak mama dan aku bertudung. Dia memperkenalkan dirinya dahulu, menyatakan dia seorang Muslim. Siap bersembang walaupun bahasa Inggerisnya tidak difahami, berselang-seli dengan bahasa Itali dan Arab. Mulanya dia tanya, boleh cakap Arab? Sayanglah jugak, sebab kitaorang tak pandai pun cakap Arab (ni yang membuatkan aku rasa, kena belajar cakap Arab pulaklah). Tapi takpe, biarpun seperti ayam dan itik bercakap, janji happy!!!

Kawasan sekitar leaning tower dipenuhi oleh peniaga-peniaga berkulit hitam, menjaja beg tangan dengan pelbagai jenis jenama. Masih ramai yang berjemur di padang, dan pelbagai aksi bergambar bersama leaning tower boleh dilihat. Aksi yang terkenal sejak dulu hingga sekarang adalah aksi menahan bangunan yang condong. Mama pun tak ketinggalan melakukan aksi sedemikian. Sampaikan ada pelancong Mat Salleh yang lain, siap inteprem lagi dengan menyentuh tangan mama dan mengucapkan hello.

5 years ago, aku tak perasan pun ada restoran di kawasan berhampiran. Nampak mewah dan eksklusif. Romantik apabila makan malam, di bawah langit petang yang kemerah-merahan. Kitaorang sebab budget low, hanya mampu feeling-feeling saja dengan aiskrim gelato di tangan. Kire oraitlah tu!!! Pertama kali aku berkenalan dengan gelato sewaktu ke Venice, 5 taun dahulu. Tambah nikmat apabila makan di waktu cuaca panas (sampaikan terus sakit demam,  berlanjutan pulak tu hingga ke Swiss dan Paris).

Balik dari Pisa, kitaorang sambung melewati laluan bandar Florence. Sempat bergambar di hadapan Duomo, senibina yang gah dan terkenal di Florence. Ramai manusia yang melepak di kaki tangga, mengambil angin malam. Restoran masih dibuka hingga lewat tengah malam. This is something that we dont have in the UK. Lepas pukul 9 malam, jangan haraplah nak masuk restoran UK-based. Yang ada cuma minuman keras.

Mama pula tak habis-habis mengagumi wanita-wanita Itali yang elegan bersiap apabila keluar makan malam. Bukan wanita sahaja, lelaki pun sama! I was teasing Faiz about this….that maybe we should try to bersiap + menjangok sakan for dinner….:)

Puas jugak kami pusing sekitar Florence, main redah je lorong-lorong sempit, malah kawasan pejalan kaki pun kitaorang masuk jugak (walaupun tak patut masuk sebenarnya)…Panik gak bila kereta kitaorang je kat tengah-tengah kawasan yang luas, dan orang pulak berjalan tak tengok jalan + mabuk lagi….so kena extra careful takut apa-apa tak diingini berlaku.

Disebabkan berjalan sakan, kitaorang tak sempat nak balik ke garaj sebelum tengah malam. Jadi, tak dapat nak buat bayaran akhir parking kereta. Terpaksalah berurusan dengan receptionist hotel. Mujur juga tuan punya garaj dah kontek receptionist untuk beritahu jumlah yang perlu dibayar untuk parking kereta. Bila kitaorang mintak resit bayaran, receptionist kata, pihak hotel tak kuarkan resit.  Jangan risau, dia akan kasik nyer duit ni kat tuan punya garaj (nampak muka aku cam tak caya kot). Yelah, aku berpegang pada kata-kata seorang graduan undang-undang: “You give something, you get something! Don’t trust empty words!”

So, kalau aku dah bagi duit, kenalah dapat resit sebagai bukti pembayaran kan? Tapi nak wat camne? Kena tawakal jela, dengan harapan duit itu diserahkan kepada tuan punya garaj.

Sempat melelapkan mata sejam setengah, sebelum bangun pada jam 2.30 pagi. Jam 3.30 pagi, check-out dari hotel dan melintasi van makanan yang masih lagi dibuka, berhampiran hotel. Peniaga wanita itu tersenyum ke arah kitaorang, mengucapkan selamat tinggal.

Jam 6.30 pagi, kami meninggalkan bumi Florence.





When in Rome, do as the Romans do

18 09 2009

Julai, 2004: Rombongan Kelana Convoy singgah di Rome. Dalam sehari aku meredah bandar yang penuh dengan pelancong , dari satu tempat ke satu tempat dengan menaiki Metro. Dari Colosseum ke Pantheon ke Castel Sant’ Angelo ke Fontana di Trevi ke Spanish Step dan Vatican City. Terbitnya novel seperti Angels and Demons menyebabkan pengalaman berjalan di Rome satu masa dahulu, ingin diulang lagi sekali.

Dulu, aku tak amik kisah pun tentang pembinaan Castel Sant’ Angelo yang mempunyai laluan rahsia bawah tanah, terus ke Vatican City. Bukan setakat tak amik kisah, masuk pun tidak ke dalam bangunan tersebut. Hanya mengambil gambar dari luar jek.

Rasanya tak ada lah susah sangat nak meredah kembali bandar Rome (memandangkan pengalaman yang ada 5 taun dahulu). Itu yang aku jangka. Tapi jangkaan aku salah. Dari Florence ke Rome, perjalanan mengambil masa 3 jam (menurut Google map). Tapi si Google ni tak plak cakap yang masa 3 jam tu jika anda memandu seperti orang Itali.

Bagaimanakah orang Itali memandu?

1. Jika asalnya hanya ada 2 lanes, akan menjadi tiga lanes, kerana yang ketiga tu akan berada di tengah-tengah, cuba untuk mencelah ke hadapan apabila lampu isyarat bertukar hijau.

2. Di mana-mana rasa nak parking, silakan..hatta di simpang tiga sekali pun. Tidak kisahlah samada kenderaan anda memblock pandangan kenderaan lain yang ingin keluar simpang.

3. Konfiden, itu yang penting. Signal, terus masuk! Tak kisahlah orang belakang terkejut ke dengan kelakuan anda.

3. Bila masuk hi-way, kelajuan hendaklah melebihi 120 km/j. Lagi laju lagi baik. Jika tidak anda mungkin akan dihon oleh pemandu-pemandu lori transformers. Jangan sesekali menyangka kereta yang biasa tidak sama hebat dengan kereta berkuasa tinggi seperti Ferrari atau Lamborghini (ok, diorang ni lagi la…lintas kat sebelah je, terus tak nampak bayang dah!)

Anyway, Faiz syok je memandu ala-ala Itali ni. Aku hanya sesekali menjeling meter, cuak gak bila meter kelajuan makin naik. Mama yang resah kat belakang hanya memejamkan mata. Enggan membuang pandangan ke luar, sebab risau dengan kelajuan Fiat Punto. Sampai di Rome, kitaorang siap tersalah masuk jalan tram dan kenderaan awam, plak tu ada kereta polis kat depan. Polis-polis plak dok bersidai kat bahu jalan.

Panik!

Macam mana kalau kena tahan dengan polis, masuk lokap sebab kesalahan lalu-lintas? Terus, park kereta kat tepi jalan. Keluar dan berjumpa dengan polis untuk terangkan situasi kitaorang. Diorang sangat friendly, siap kasik direction untuk ke tempat parking berhampiran. Aku bukan risau apa. Selalu dalam movie omputih ni, pantang buat salah sikit, ada kete polis mengikut kat belakang (mungkin hanya terjadi di US, seperti yang diceritakan oleh Kak Linda). Polis di Itali mungkin relax sket.

Hajat di hati nak bawa mama gi tengok Colosseum, tapi tak kesampaian. Kitaorang hanya sempat melawat Spanish Step. Mama dah tak larat berjalan, turun naik Metro. Completely understandable! Aku ingat lagi…waktu Kelana Convoy dulu, kitaorang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pakcik makcik; kumpulan remaja ligat; kumpulan separa ligat (ini termasuk makcik dan pakcik yang berumur awal 40-an yang masih lagi aktif berjalan kaki). Kalau yang kurang ligat tu, memang tak banyak sangatlah berjalan. Masa tu aku join kumpulan remaja ligat. Mau patah kaki bila balik ke kem. Sampai kat kem, pakcik-makcik dah lama balik (koz diorang tak larat berjalan lama-lama), dah siap masak makan pun.

Kitorang sewa kete sebab tak nak mama penat berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Mungkin naik kereta lebih senang. Tapi malangnya nak ke tempat seperti Colosseum atau Pantheon etc, susah kalau bawak kereta. Sebab susah nak cari tempat parking. Tempat parking kereta sama jauh dengan stesen metro. Orang-orang tempatan yang kitaorang jumpa semuanya nasihat untuk tinggalkan kereta dan naik metro. Lebih mudah!

Anyway berbalik pada kawasan Spanish Step, ada banyak kedai makan yang menarik. Kitaorang singgah makan spaghetti yang sedap amatz. Lepas dah isi perut, baru ada tenaga sikit untuk berjalan-jalan di sekitar Spanish Step yang tidak pernah sunyi dari pelancong. Di puncak Spanish Step ada peniaga-peniaga yang menjual lukisan. Peminta sedekah juga wujud di kawasan yang sarat dengan pelancong luar ini. Dari luaran, nampak seperti seorang Muslim, tapi bila tengok dari hadapan, tergantung rantai salib di lehernya. Gambar Faiz dan mama berlatarbelakangkan Piazza di Spagna. Lorong kecil yang gelap bernama Via Condotti, di antara dua bangunan yang tampak kusam itu menempatkan kedai-kedai barangan berjenama.

Lima tahun dahulu, aku tak larat langsung nak mendaki anak tangga Spanish Step, hanya mampu terduduk di kali lima, disebabkan penat merayau dari satu tempat ke satu tempat. Kali ini dapatlah feel turun anak-anak tangga ala-ala model gitu ha. Thing is, kat sini waktu musim panas, diorang akan wat fashion show (selalunya waktu malam la, sejuk sket). Kawasan kat sini akan diterangi dengan lampu dan bunga-bungaan (esp time spring, pasu-pasu yang ditanam dengan bunga azalea akan menghiasi setiap anak tangga). Nama Spanish Step diilhamkan dari kedudukannya yang berhampiran dengan bangunan kedutaan Spain.

Lima tahun dahulu, ada ramai gladiators berposing di sekitar kawasan Spanish Step. Siapa yang nak bergambar, kena hulur sket la. I remember a clear picture of myself holding a sword and posing next to a gladiator! Time aku pegi dengan mama and Faiz, takdak plak gladiator. Yang ada pedati kuda. Banyak plak tu. Sesiapa yang tak larat nak berjalan, boleh naik pedati kuda dan dibawa merayau di kawasan berhampiran.

Kumpulan pelancong remaja, ramai yang melepak di anak tangga. Sambil melepak, diorang buat jugak show acrobatic bagai dan mendapat tepukan gemuruh orang ramai. Cuaca yang panas menyebabkan ramai yang dahaga tak segan silu menadah air dari Fontana Della Barcaccia. Kalau dilihat bangunan sekitar, tidaklah segah mana. Cat ada yang luntur. Besi pun ada yang berkarat. Tapi bangunan yang ala-ala hidup segan mati tak mahu inilah yang menempatkan jenama terkenal, umpamanya Dior.

Jadi, siapalah aku untuk komplen pasal hotel penginapan kitaorang yang hidup segan mati tak mahu ini? Aku mula menerima yang ini adalah konsep gaya, mutu dan keunggulan di Itali.

Yang robek dan tidak simetri itu tidak semestinya hodoh di pandangan mata.

Yang terkopek dindingnya itu adalah seni!

p/s: To all readers, muslimin dan muslimat…selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jika ada salah dan silap, terkasar bicara, ampun maaf dipinta. Semoga Syawal tahun ini memberikan rahmat dan keberkatan buat kita semua.